Saturday, March 22, 2008

ASB TAK ADA PENAMA?

Saya nak share pengalaman individu yang terpaksa melalui kesukaran disebabkan ASB tak ada penama di dalam suatu forum:

------------------------------------------------------------------------------------------Post at 12-2-2008 12:03 PM Profile Personal Space P.M. Buddy
betul ka ASB takdak penama???member aku yg jadi ejen Wasiat kata ASB tak dak penama in actual. what happen is bila kita meninggal Amanah Raya akan amik duit tu. Dah selesai semua perkara baru dia agih2kan kpd waris. and this process will take more than 2 years. dpt memang dpt, tapi waris kena tunggu lama sedangkan at that time mrk perlukan duit segera bila kita dah takdak di alam fana. saper-saper boleh confirm??? makasihhh.Post at 12-2-2008 12:22 PM

Profile Personal Space P.M. Buddy
aku pun tak de letak penama..takde kotPost at 12-2-2008 02:15 PM

Profile Personal Space P.M. Buddysaya berpengalaman uruskan ASB arwah ayah saya....pengalaman saya dulu (tatau la kalo sekarang dh berubah kan):- kalo simpanan 5000 ke bawah, boleh dikeluarkan oleh waris seperti biasa kat PNB.- kalo 5000 ke atas pulak, susah skit..kene ada surat kuasa utk kuarkan simpanan tuh. surat kuasa ni bole didapati dari: * pejabat tanah. kalo ada tanah pusaka atas nama arwah boleh bicara kuasa skali ngan ASB tu...yuran die pun tak banyak sgt. tak sampai rm50. mase time bicara kuasa tu, seorang pentadbir tanah akan jadi org tengah dan berbincang ngan waris2 camner nak bahagikan harta arwah. kalo pewaris2 arwah tak buat hal, maknanya boleh diselesaikan dalam masa setahun atau maybe shorter. tapi kalo pewaris2 arwah tak setuju, mungkin kes akan dibawa ke Mahkamah Syariah yg sememangnya diketahui sgt lembab dan kosnya akan bertambah la sbb kene lantik peguam. *

AMANAH RAYA - yg ni cas pentadbiran mahal. dulu time saya die mintak 10% dr nilai harta tu. tp bagi saya, dari segi efficient mmg Amanah Raya lagi efficient sbb diorang akan lantik peguam utk uruskan la.Okey sekarang pengalaman saya uruskan ASB arwah saya:- arwah ayah saya meninggal dunia pada 2003. Oleh sebab kami ni sangat naif masa tuh, kami apply utk bicara kuasa kat pejabat tanah dan bicarakan sekali dengan van dan tanah pusaka arwah ayah. Bile tiba time bicara kuasa, keluarga belah arwah ayah saya tak setuju dengan cara pembahagian harta arwah. bagi mereka, sepatutnye harta arwah ayah saya mesti dibahagikan dua: antara family saya yg ade 7 org dgn mak sedara saya yg tinggal sorang.- oleh kerana bicara kuasa tu tak berjaya, mak saya bawa kes tu ke mahkamah syariah utk settlekan + tuntut harta sepencarian (yg sepatutnye tak perlu sbb arwah ayah saya bercerai mati pun).

mak saya terpaksa lantik peguam which the cost is about rm8000++. kat mahkamah syariah ni hampir amik mase 4 tahun, sbb hakim die tu asyik tangguh kes je dan perangai mak sedara saya yg tanak mengalah ngan kitorang...- yg van pulak kami terpaksa guna org insurans utk tukarkan nama...kira undertable gak la...- akhirnya dapat la settlekan kes tu kat mahkamah syariah. selepas itu kami terpaksa apply balik kat pejabat tanah utk bicara kuasa lagi sekali. kali ini mak sedara saya tu tak dtg utk bicara kuasa. so kami dapat settlekan bicara kuasa tu dengan seadil2nye...- akhirnya tahun ni baru mak saya dapat surat bicara kuasa tu.mak saya dh apply utk kuarkan simpanan arwah ayah saya kat PNB dan insya Allah dalam bulan depan kami dh settlekan ASB tu. utk adik2 saya yg umur bawah 18 tahun, amanah raya akan pegang amaun utk mereka sampai la umur mereka 18 tahun (yg ni tak dikenekan bayaran sbb amanah raya jd tukang pegang duit je. bole kuar time2 seperti hari raya ngan awal tahun.

pengajarannye baik buat wasiat sebelum meninggal. supaya tak timbul hal2 camni.sekian pengalaman saya.[ Last edited by alpine84 at 12-2-2008 02:19 PM ]

-------------------------------------------------------------------------------------------

Actually Amanah raya tak charge banyak. Less than 4%. Lagi tinggi harta , percent lagi kurang. Dan Kos Amanah Raya is the cheapest ever.

Thursday, March 20, 2008

Suatu Al-Kisah Yang Saya dapat daripada emel seorang kawan:


MENGHADAPI MAUT.
Testimoni
Seorang Muslim
Yang Menghidapi
Kanser Metastatik
-Kisah Benar –

Tajuk Asal:
FACING DEATH – A TESTIMONY OF A MUSLIM STRICKEN WITH METASTATIC
CANCER

I have scanned the English version. Please email to me hamdy065@yahoo.com for a
copy. It is a large file of 24Mb.
http://sumpitt.proboards3.com/index.cgi?board=sarinah&action=display&thread=1166232
9 64

Aku menulis artikel ini untuk berkongsi beberapa pengetahuan yang aku perolehi
sepanjang pahit getir menghadapi kanser sejak 2002. Tetapi atas sebab-sebab
tertentu, aku lebih suka kalau artikel ini diedarkan kepada orang lain selepas
kematianku:

1) Kepada abang-abang dan kakak-kakak, termasuk Abah & Emak
2) Untuk keluarga aku, satu salinan cetak disimpan untuk anak-anakku
3) Untuk keluarga Klang aku
4) Kepada Shahlan – untuk mengedarkan kepada kawan-kawan di Australia
5) Kepada Haji Kuchai – untuk mengedarkan kepada kawan-kawan di Wattop
(kumpulan aku di MRSM) dan kumpulan KB MRSM
6) Kepada Azharuddin – untuk mengedarkan kepada kakitangan & kumpulan SCS &
kawan-kawan Sapura dan kawan-kawan TNB.
7) Kepada ahli masyarakat kawasanku, melalui surau – untuk diberikan kepada Hj
Shahrif/Hj Raos Kepada semua yang mengenali penulis artikel ini, aku mengharapkan
kemaafan atas semua kesalahanku, “halal makan & minum”, berdoalah Allah s.w.t
akan memaafkan dan merestuiku dengan RahmatNya (Jannah).

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh kepada semua.

K
Penulis
22 Jul 2005


EDARAN PERCUMA DARIPADA PENULIS
Bismillahir Rahmanir Rahim

1. Pengenalan
Assalamu’alaikum saudara-saudara dan saudari-saudari dalam Islam. Pertama sekali,
izinkan aku mengenalkan diriku hanya sebagai K. Tujuan utama aku merahsiakan
nama aku adalah kerana aku mahu pembaca-pembaca memberi lebih tumpuan
kepada kandungan artikel ini daripada memberi tumpuan kepada perilaku penulis,
iaitu aku. Ini adalah kerana artikel ini mengandungi perkara-perkara yang aku pelajari
daripada pengalaman peribadi aku sepanjang pengalaman pahit aku semasa
menghadapi kematian, yang aku rasa sekarang merupakan tanggungjawab untuk aku
kongsikan bersama saudara dan saudari Islam. Pada masa yang sama, walau
bagaimanapun, aku tahu aku bukanlah seorang Muslim yang sempurna, dan aku
masih tidak pasti keadaan diriku apabila Penciptaku menjemput aku. Aku masih risau
sama ada aku akan lulus ujian iaitu kesakitan, penderitaan, terutama sekali masa
Sakaratul Maut. Oleh itu, aku tidak mahu keadaan kematianku menjejaskan kredibiliti
pengetahuan yang ingin aku kongsikan bersama anda dalam artikel ini. Akhir sekali,
pandangan-pandangan yang dinyatakan dalam artikel ini adalah semata-mata
pendapat-pendapatku. Ini bererti aku mungkin betul dan aku juga mungkin salah.
Sekiranya anda mempunyai keraguan pada mana-mana pandangan-pandanganku,
sila berunding dengan pakar-pakar, khususnya para ulama Islam. Sekiranya aku
terbukti bersalah, sila ambil nasihat daripada para ulama Islam dan sila jangan
endahkan pendapat-pendapat aku. Apa yang aku lakukan di sini hanya untuk
berkongsi dengan saudara-saudara dan saudari-saudari dalam Islam apa yang aku
telah pelajari mengikut pengetahuan aku yang terbaik, dengan harapan kita semua
dapat mempelajari daripadanya.

1.1 Ringkasan Sejarah Penyakitku
Pada suku keempat tahun 2002, aku telah didiagnosis dengan Choroidal Melanoma,
kanser koroid di belakang retina mata kananku. Menjelang masa ianya didiagnosis
dengan betul, kanser tersebut telah membesar kepada saiz yang tidak boleh
menyelamatkan penglihatan melalui pembedahan, walaupun masih terdapat sedikit
peluang untuk menyelamatkan biji mata. Tetapi pembedahan tersebut adalah amat
mahal, kerana ianya hanya boleh dilakukan di luar negara. Lagipun, kos-kos untuk
rawatan susulan (terapi radiasi), dll, dan masih terdapat risiko tinggi “akan berulang
lagi”, disertakan dengan kemungkinan beberapa kerumitan. Penyelesaian yang lebih
baik sebagaimana dicadangkan oleh pakar-pakar tempatan ialah “Enukleasi”, iaitu
membuang terus biji mata kanan. Ia merupakan satu keputusan yang sukar untuk
membenarkan doktor-doktor mengeluarkan biji mata kananku. Tetapi alhamdulillah,
selepas banyak berdoa dan berfikir, aku membuat keputusan untuk
mengeluarkannya. Untuk memendekkan cerita, Allah s.w.t. memberikan aku satu
bulan setengah lagi sebelum pembedahan dilakukan, mulanya kerana permintaanku
untuk melewatkan pembedahan selama dua minggu lagi. Selepas itu pembedahan
terpaksa ditangguh disebabkan tidak terdapat saiz betul mata palsu yang perlu untuk
menggantikan orbit mata kananku. Sebulan setengah adalah tempoh yang akan
dirujuk kemudian dalam artikel ini, jadi benarkan aku untuk mengistilahkannya
sebagai Tempoh 1. Enukleasi dan mengimplan mata palsu berlaku pada bulan
November 2002, dalam bulan Ramadhan. Aku tidak dapat berpuasa beberapa hari,
tetapi aku tidak dapat lagi menangguhkan pembedahan disebabkan risiko tinggi
penyakit itu merebak ke lain-lain bahagian badan. Alhamdulillah, pembedahan
berjalan lncar, dan alhamdulillah, Allah menyembuhkan aku daripada pembedahan itu
agak cepat, membolehkan aku menunaikan kewajipan untuk menjalankan ibadat
berpuasa untuk hari-hari yang masih ada lagi. Laporan hispatologi yang menyusul
kemudian mengesahkan bahawa kanser tersebut terbatas pada biji mata sahaja dan
masih dapat mengasingkan sel-sel kanser daripada saluran utama darah biji mata.
Alhamdulillah. Selesainya enukleasi bukanlah berakhirnya cerita ini. Aku semakin
menyedari dengan membaca artikel-artikel daripada internet dan juga daripada
doktor-doktor, bahawa aku masih lagi berisiko mengalami “pengulangan” atau lebih
teruk lagi, kanser metastatik yang membawa maut (kanser yang merebak ke lain-lain
anggota badan). Untuk kanser metastatik, bahagian yang biasa terjejas disebabkan
choroidal melanoma adalah hati.

Oleh itu aku selalu pergi membuat rawatan perubatan setiap 6 bulan sekali, membuat
Imbasan CT otak dan orbit, dan Ultrabunyi hati. Segala puji bagi Allah s.w.t., aku
dapat hidup seperti biasa mulai daripada saat aku sembuh daripada enukleasi pada
bulan November 2002, sehingga suku akhir tahun 2004. Untuk rujukan mudah dalam
artikel ini nanti, aku mengistilahkannya tempoh ini sebagai Tempoh 2. Pada
pertengahan tahun 2004, aku mula rasa beberapa perubahan pada diri aku.
Perubahan adalah dari segi tahap kekuatanku; aku mula rasa tersangat letih pada
malam hari. Ada ketikanya aku rasa sedikit penat secara tiba-tiba, tetapi selepas itu
aku rasa okay semula. Aku juga dapati yang aku mengambil masa yang agak lama
untuk pulih dari demam selsema, selalunya 2 jam (menggunakan Panadol + tidur
berselimut), aku mengambil masa 2 hari untuk sembuh. Aku kemudiannya sedar ada
yang tidak kena dengan diri aku. Mungkin tahap kesihatan aku telah menurun
disebabkan kurang senaman (tidak seperti sebelum pembedahan enukleasi), atau
disebabkan kemungkinan kanser metastatic yang disebutkan sebelum ini. Walau
apapun, oleh kerana jadual Imbasan CT dan Ultrabunyi aku tidak lama lagi, iaitu awal
bulan Ogos, aku fikir mungkin satu peluang untuk memeriksa punca permasalahan ini.
Hasil ultrabunyi imbasan mengesahkan bahawa aku mempunyai Metastasis Hati
Berganda. Satu tamparan yang hebat buat diriku. Dahulu aku kehilangan mataku dan
kini aku akan kehilangan nyawa pula. Aku diberitahu sekiranya tidak dirawat, aku
mungkin ada 6 bulan atau lebih sedikit untuk hidup. Yang memburukkan lagi keadaan,
kanser metastatik hati disebabkan choroidal melanoma tidak banyak mempunyai
penyelesaian. Dan kesemua penyelesaian ini mempunyai kadar kejayaan yang amat
rendah. Yang paling baik sekali, penyelesaian yang akan hanya dapat memanjangkan
umur untuk beberapa bulan sahaja. Walau bagaimanapun, beliau mencadangkan aku
buat beberapa rawatan yang dicadangkan, dan aku akur. Jadi begitulah keadaan aku
hari ini pada saat aku menulis ini. Masih lagi bertarung dengan kanser, aku telah
menjalani hampir kesemua rawatan yang dicadangkan (kimoterapi, kimo embolisasi,
dlll) dan alhamdulillah, aku masih hidup lagi pada ketika ini. Sudah lebih 11 bulan
sejak aku di diagnosis dengan kanser metastatik, dan aku mengistilahkan tempoh ini
sebagai Tempoh 3. Tetapi daripada laporan-laporan perubatan, aku merasakan
tempoh ini tidak akan lama, kerana kanser-kanser metastatik masih bertumbuh dan
aku mula merasa dan mengalami kesan-kesannya. Mungkin menunggu masa sahaja,
sebelum Allah s.w.t. membuat keputusan untuk menamatkan nyawaku atau
menyembuhkan aku melalui keajaiabanNya. Itulah ringkasan sejarah penyakitku,
yang aku rasa penting untuk anda ketahui supaya anda akan dapat memahami baki
kandungan artikel ini. Untuk maklumat lanjut mengenai Choroidal Melanoma dan
kanser Metastatik, buatlah carian Google, insyaAllah anda akan dapat banyak
maklumat mengenainya. Contoh salah satu laman web adalah seperti berikut:
http://www.eyecancer.com/MetastaticMelanoma/MetMel.html

2. Sikap Utama untuk Diamal
Bukannya mudah untuk membuat senarai kronologi yang betul, perkara-perkara yang
aku pelajari sepanjang pengalaman pahitku, kerana ianya melibatkan beberapa
jangka masa. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menyusunnya mengikut apa yang
aku fikir terbaik. Secara jujur, aku tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkan
tentang strategi untuk menulis artikel ini. Jadi maafkanlah aku yang serba kekurangan
ini.

2.1 “Punya Semangat Kuat untuk Melawannya”
Apabila aku diberitahu aku mempunyai choroidal melanoma di mata kananku, dan
penyelesaian terbaiknya adalah untuk membuang terus biji mata (enukleasi), aku
benar-benar bingung. Ini adalah kerana selama ini doktor-doktor perubatan
menasihati aku untuk membuat enukleasi dengan segera, saudara mara dan kawankawan
yang rapat berkata bahawa terdapat perubatan alternatif yang boleh
membantu membuang atau mengurangkan saiz tumor, menyebutkan beberapa kes
yang dikenali, dan menasihatian aku yang aku sepatutnya mencuba beberapa kaedah
ini. Tetapi setiap daripada mereka berkongsi satu prinsip yang sama, iaitu “Kau mesti
mempunyai semangat yang kuat untuk melawan kanser ini”. Dalam lain perkataan,
aku terpaksa lakukan apa yang perlu untuk melawan kanser bukan sahaja dari segi
rawatan fizikal (surgeri, kimoterapi, perubatan-perubatan alternatif dan makanan
tambahan, dll), tetap juga dari segi emosi, Mental dan rohani (berfikiran positif,
meditasi, selalu bersembahyang dan bertakwa kepada Allah s.w.t. untuk sembuh,
sentiasa membaca beberapa ayat surah Quran dan beberapa selawat berhubung
dengan Asy-Syifa’, dll) Aku berpegang pada idea ini iaitu “melawan kanser ini dari
semua aspek yang tersebut di atas”. Aku menggunakan Tempoh 1 daripada Allah
s.w.t, untuk mencuba semua jenis rawatan alternatif lain yang aku boleh dapati. Aku
banyak membelanjakan duit untuk pergi dari satu tempat ke tempat yang lain untuk
rawatan, dll, dengan harapan kanser dapat dikurangkan atau sekurang-kurangnya
dikawal daripada terus membesar. Aku juga menggunakan tempoh yang sama ini
untuk “melawan kanser” dari sudut rohaniah, emosi dan mental dengan meningkatkan
bacaan Quran setiap hari dan sembahyang tengah malam, menangis di hadapan
Allah s.w.t.memohon belas kasihanNya supaya aku sembuh, sentiasa membaca surah-surah
Quran yang disyorkan dan berselawat, bertakafur dan banyak lagi. Namun demikian
walaupun dengan semua usaha-usaha ini, aku dapat melihat kanser masih membesar
(ingat, kanser adalah dalam mataku, jadi aku boleh melihat titik yang menjejaskan
penglihatanku semakin membesar), Pada masa yang sama apabila mata palsu telah
siap disediakan (akhir Tempoh 1), aku dapat melihat tiada perubahan, yang bermakna
aku tiada sebab lagi untuk meminta penangguhan. Ia juga menjadi terlalu berisiko,
iaitu jarak menjadi semakin kecil antara titik kanser dan inlet/outlet utama mata,
dimana terletaknya saluran darah utama, iaitu titik buta. Jadi aku membuat keputusan
untuk meneruskan enukleasi, menyakinkan diri aku bahawa inilah apa yang Allah
mahukan. Aku memaksa diriku untuk “redha” (menerima) keputusan Allah, kerana itu
sahajalah pilihan yang ada untuk mengatasi kekecewaanku. Sebagaimana yang anda
tahu, lebih dari satu tahun setengah kemudian aku mendapat berita yang aku
mempunyai kanser matastatik. Ia merupakan satu tamparan hebat apabila aku
menerima berita itu. Sebelum ini aku hampir kehilangan mataku, dan sekarang aku
akan kehilangan nyawaku. Aku banyak menghabiskan masa aku memikirkan semua
yang aku telah lalui dan yang akan aku lalui. Aku juga memohon Allah s.w.t.
pentunjukNya, kerana aku tidak pasti apa yang akan berlaku pada diriku dan apa
yang aku patut lakukan. Aku mempunyai pengalaman melawan kanser mata yang
mana aku telah gagak dan telah menyebabkan aku sedikit tertekan. Jadi aku tidak
berapa pasti sekiranya aku boleh melaluinya sekali lagi melawan sesuatu yang lebih
penting – nyawaku. Tetapi alhamdulillah, Allah s.w.t. membantu aku “melihat perkara”
yang tidak pernah aku “lihat” sebelum ini. Aku tiba-tiba sedar sedar yang pahit getir
semasa menghadapi masalah kanser mata sebenarnya mengandungi pelajaranpelajaran,
membantu aku untuk menghadapi pahit getir kedua, kemungkinan
kehilangan nyawaku. Pelajaran-pelajarannya ialah: · Ternyata aku tidak dapat
selamatkan mataku walaupun segala usaha yang dibuat secara fizikal, emosi, mental
dan rohaniah mengingatkan aku bahawa tiada satupun anggota badanku sebenarnya
milikku. Semuanya “dipinjamkan” kepadaku oleh Allah s.w.t. Sebelum ini, aku hanya
faham fakta ini secara “teori” sahaja, tetapi sekarang aku betul-betul mengalaminya.
Apabila Allah s.w.t. telah menetapkan untuk mengambil mataku, tiada apa yang boleh
menghalang keputusan ini. Jadi apa yang membuat aku berfikir aku boleh
menghalang Allah s.w.t sekiranya Dia hendak mengambil nyawaku?

Sepanjang Tempoh 1, aku tidak pernah tahu bahawa keputusan mutakhir Allah s.w.t
adalah untuk mataku sehingga aku menyedari bahawalah ia adalah terlalu berisiko
untuk menangguhkan enukleasi. Jadi, adakah sikap “melawan kanser”, terutama dari
segi rohaniah, benar-benar berbaloi? Apa yang aku sedari ada kalanya aku masih
merasa kecewa, seolah-olah Allah s.w.t tidak mengabulkan doa-doaku walaupun
semua usaha rohaniah telah aku lakukan. Ini merupakan bisikan-bisikan Syaitan,
yang terus mahu menjauhi manusia daripada Allah s.w.t. Semua di atas itu
menyumbang pengajaran sangat penting dalam hidupku, seperti berikut: Nasihat
supaya “Mempunyai semangat yang kuat untuk melawan kanser dari semua sudut
kehidupan (Fizikal, Emosi, Mental dan Rohaniah)” sebenarnya merupakan satu sikap
yang amat berbahaya untuk diamal oleh seorang Muslim. Aku bernasib baik
mendapat pengalaman pertama, dan perkara yang aku lawan hanyalah untuk
menyelamatkan mataku. Tetapi apa akan berlaku sekiranya pada masa itu, aku
sebenarnya melawan untuk nyawaku? Apa akan berlaku sekiranya aku melawan
untuk nyawaku sekiranya aku menyedari bahawa malaikat maut berada di hadapanku
dan hendak menjemputku? Aku mungkin mati ketika berada dalam kemurkaan Allah
s.w.t. apabila Dia memutuskan untuk mengambil nyawaku; kerana aku telah banyak
berusaha, berdoa dan menyerah diri kepadaNya tetapi kelihatan seolah-olah Dia tidak
mahu memakbulkan doa-doaku (na’udzubillah). Sekiranya aku mati dalam keadaan
ini, iaitu dengan perasaan tidak berpuas hati dengan Allah s.w.t, adakah anda fikir
Allah s.w.t. juga berpuas hati dengan aku? Aku rasa tidak. Oleh itu aku sedar bahawa
sikap supaya “Mempunyai semangat yang kuat untuk melawan kanser dari semua
sudut kehidupan (Fizikal, Emosi, Mental dan Rohaniah)” sebenarnya adalah salah
dan sikap yang bahaya untuk aku amalkan, terutamanya sekarang apabila aku
hampir-hampir hilang nyawaku disebabkan oleh kanser metastatik.

2.1 Jadi Sikap Manakah Perlu Diamal?
Pahit getir melawan kanser mata adalah pengajaran paling penting untukku. Aku tahu
bahawa “mempunyai semangat yang kuat untuk melawan” adalah perkara yang salah
untuk aku lakukan. Kenapa lawan untuk sesuatu sedangkan aku tidak pasti apa
keputusannya? Lebih-lebih lagi selepas mengetahui Allah s.w.t telah menentukan
setiap kita berapa lama kita hidup dalam dunia ini, dan tiada sesiapapun yang boleh
menghalang apabila tiba masanya.

“Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya
telah datang. Dan Allah Maha teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Al-
Munaafiqun:11)

“Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendatipun kamu
berada di dalam benteng yang tinggi dan kokoh.....” (An-Nisaa’:78)
“Kami telah menentukan kematian masing-masing kamu dan Kami tidak lemah.”
(Al-Waqia’ah: 60)

“Dan Dialah Penguasa mutlak atas semua hambaNya, diutusNya kepadamu
malaikat-malaikat penjaga, sehingga apabila kematian datang kepada salah seorang
di antara kamu, malaikat-malaikat Kami mencabut nyawanya, dan mereka tidak
melalaikan tugasnya.” (Al-An’am: 61)

Ayat-ayat di atas hanyalah empat daripada banyak-banyak surah Quran yang
menceritakan tentang Kehidupan dan Kematian, semuanya mengingatkan kita siapa
diri kita sebenarnya, tiada apa-apa melainkan makhluk yang lemah yang tinggal di
dunia ini atas rahmat Allah s.w.t. Jadi untuk berusaha melawan untuk terus hidup
sedangkan aku tidak tahu apa yang Allah s.w.t telah tetapkan untukku (sesuatu yang
di luar pengetahuanku), adalah sesuatu yang sememangnya tidak betul untuk
dilakukan. Lagipun, sebagaimana yang aku bincangkan sebelum ini, sikap ini adalah
sangat berbahaya kerana aku mungkin mati dalam keadaan tidak meredhai
keputusan Allah s.w.t. Soalan berikutnya ialah “Apakah sikap yang betul dalam
menghadapi kemungkinan hilang nyawaku ini?”.

Jawapannya terletak pada ayat Quran berikut:
“Dan milik Allah meliputi rahsia langit dan bumi dan kepadaNya segala uusan
dikembalikan. Maka sembahlah Dia dan bertawakallah kepadaNya. Dan Tuhanmu
tidak akan lengah terhadap apa yang kamu kerjakan.” (Hud: 123) .

Ayat tersebut jelas menandakan bahawa kita tidak mempunyai pengetahuan tentang
apa yang Rahsia termasuk masa kematian kita) kerana semuanya adalah urusan
Allah s.w.t., dan semua urusan itu Dia yang tetapkan. Kita disuruh bertawakkal
denganNya sahaja. Allah s.w.t. juga berfirman dalam Quran:

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan
harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang
yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimba musibah, mereka berkata “Inna
lillahi wa inna ilaihi raaji’un (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami
kembali). Mereka itulah yang memperoleh ampunan dan rahmat dari Tuhannya, dan
mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah: 155-157)

Berdasarkan fakta-fakta ini, aku telah memilih untuk membiarkan Allah s.w.t.
menentukan nasibku, sama ada untuk menyembuhkan aku atau mengambil nyawaku,
kerana aku sedar aku tiada kuasa untuk membuat keputusan dalam perkara yang
ghaib ini. Doaku kepada Allah s.w.t juga telah berubah. Dahulu apabila aku nak hilang
mataku, aku banyak berdoa dan meminta Allah s.w.t memohon agar Dia sembuhkan
aku. Tetapi kali ini, aku hanya mohon Allah s.w.t. apa sahaja keputusanNya, biarlah
yang terbaik untukku; iaitu sekiranya dia memutuskan untuk menyembuhkan aku,
jadikanlah aku seorang insan yang lebih baik dan menjadi hambaNya yang taat; jika
di sebaliknya Dia memutuskan untuk mencabut nyawaku, aku mohon supaya Dia
mengambilnya setelah Dia berpuas hati dengan aku dan merestuiku berserta dengan
kemaafan dan rahmatNya. Aku juga meminta Allah s.w.t menjadikan aku dari
kalangan “orang-orang yang bersabar”, kerana aku tidak tahu berapa banyak
kesakitan dan kesedihan yang aku terpaksa lalui pada masa akan datang. Itu sahaja
doaku daripadaNya, dan aku serahkan kepercayaanku kepadaNya kerana Dialah
yang memerintah dalam ayat di atas. Inilah konsep “Redha” (penerimaan sebenar)
tentang apa yang Allah telah tentukan ke atas kita, dan “Tawakkal” iaitu menaruh
seluruh kepercayaan kepada Allah s.w.t. Ini adalah sesuatu yang bukan mudah untuk
dicapai tanpa pertolongan daripada Allah s.w.t. Oleh itu, kita terus memohon Allah
s.w.t. untuk membantu kita untuk mencapainya. Itulah yang aku lakukan, dan aku
dapati Allah s.w.t. Maha Penyayang dan Dia akan membantu kita asalkan kita
meminta dengan ikhlas. Aku akan menceritakan tentang ini dalam seksyen berikut
InsyaAllah. Apa yang lebih penting pada peringkat ini adalah aku sendiri telah
mengalaminya selepas mengamalkan sikap “Redha dan Tawakkal” menggantikan
sikap “Kau mesti mempunyai semangat yang kuat untuk melawan kanser”. Perkaraperkara
yang aku dapati adalah seperti berikut: · Dengan sikap “Redha dan
Tawakkal”, aku dapati aku mula menikmati sembahyangku, doa-doa kepada Allah
s.w.t. dan semua jenis ibadah lain (solat, zikrullah, bacaan Quran dan belajar ilmu,
dll), seperti yang aku lakukan sekarang hanya dengan harapan untuk mendapatkan
rahmatNya dan kemaafan dan tiada lain lagi. Dengan sikap “semangat kuat untuk
melawan kanser:, aku mempunyai banyak konflik dalam diriku apabila aku
melaksanakan bidaah di atas, kerana aku tidak pasti sama ada aku lakukan ibdahibadah
itu untuk mendapatkan rahmat dan kemaafan Allah s.w.t. atau aku terlalu
mengharapkan supaya sembuh. Kadangkalaa aku rasa bersalah kerana terlalu
mementingkan diri, aku rasa aku buat semua ini kerana aku hanya fikirkan diriku (iaitu
untuk sembuh), dan bukan kerana Allah s.w.t. Sungguh, aku rasa tidak enak
mempunyai perasaan sedemikian semasa menjalankan ibadah. · Dengan sikap
“Redha dan Tawakkal”, aku benar-benar mempunyai fikiran yang tenang (secara
mental, emosi dan rohaniah). Aku tidak tertekan disebabkan penyakit aku,
sebenarnya aku sungguh relaks, alhamdulillah. Apabila aku rasa sakit, aku banyak
beristighfar kerana aku tahu ini adalah salah satu cara Allah s.w.t. akan ampunkan
dosa-dosaku. Apabila aku OK, aku memujiNya kerana aku benar-benar bersyukur
kerana Allah Maha Penyayang kepadaku. Aku rasa inilah rahmat yang kita perolehi
daripada Allah s.w.t sebaik sahaja kita mengamalkan sikap “Redha dan Tawakkal”,
kerana kita membenarkan Allah s.w.t. memutuskan yang terbaik untuk kita,
berbanding apabila aku mengamalkan sikap “semangat kuat untuk melawan kanser”
di mana aku benar-benar tertekan. Aaku rasa masa itu aku benar-benar berharap
untuk sembuh, aku percaya aku boleh lawan kanser dan akupun lakukan yang
terbaik. Aku tidak sediakan diriku untuk menerima “kekalahan”, oleh itu aku benarbenar
tertekan untuk memenangi perlawanan itu.

Mempunyai fikiran yang tenang (secara mental, emosi dan rohaniah) itu sendiri
adalah satu penyembuhan. Walaupun ia tidak membantu aku melawan kanser secara
fizikal, ia membantu aku menghadapinya secara mental, emosi dan rohaniah, itu yang
lebih penting. Adalah penting untuk diperhatikan bahawa apabila aku mula
mengamalkan sikap “Redha dan Tawakkal”, aku tidak bermaksud yang aku juga
mula menolak untuk menjalani sebarang rawatan. Sikap “Redha dan Tawakkal” yang
aku amalkan adalah dari segi mental, emosi dan rohaniah sahaja. Secara fizikal, aku
masih pergi mendapatkan rawatan-rawatan yang ikhlas disyorkan oleh doktor-doktor
perubatan dan pengamal-pengamal perubatan, asalkan rawatan yang disyorkan tidak
menyalahi ajaran Islam (sudah tentu aku mempunyai kriteria-kriteria lain sebelum aku
buat rawatan, tetapi kriteria-kriteria tersebut adalah mengikut keutamaanku,
umpamanya rawatan tidak terlalu mahal kerana aku lebih suka dapat menyimpan
wang tersebut untuk anak-anak aku). Tetapi apabila aku buat rawatan-rawatan ini,
aku langsung tidak menaruh harapan. Sebaliknya, aku letakkan semua harapan dan
kepercayaanku hanya pada Allah s.w.t. Sama ada aku sembuh ataupun tidak, hanya
Allah s.w.t. yang tentukan. Aku tidak tertekan atas kemungkinan akan gagal setelah
menerima rawatan tersebut. Seseorang mungkin akan bertanya kenapa aku masih
buat rawatan sekiranya aku telah meletak kepercayaan dan harapan hanya kepada
Allah s.w.t? Jawapannya adalah kerana kita tidak pernah tahu apa yang akan berlaku
kepada kita, iaitu dalam kes aku, sama ada Allah s.w.t. akan sembuhkan aku ataupun
ambil nyawaku. Tetapi apa yang kita tahu ialah selalunya bantuan Allah datang
melalui orang-orang di sekeliling kita, kerana Allah s.w.t. mengawal segalanya dalam
dunia ini. Aku merasakan aku tidak seharusnya menolak sebarang bantuan yang
diberikan oleh sesiapa saja lebih-lebih lagi apabila mereka ikhlas hendak membantu
asalkan rawatan yang mereka hulurkan tidak melanggar kriteria yang aku sebutkan
sebelum ini. Dari pengalaman aku sendiri, sekiranya rawatan tersebut berjaya
(walaupun ia hanya dapat mengurangkan kesakitan) bertambahlah aku bersyukur
kehadrat Allah s.w.t, dan sekiranya tidak berjaya, ada sesuatu yang boleh dipelajari
daripada kegagalan tersebut. Untuk meringkaskan pelajaran ini, “Redha dan
Tawakkal” adalah sikap yang lebih baik untuk diamalkan kerana ia banyak memberi
manfaat dari semua sudut kehidupan (Fizikal, Emosi, Mental dan Rohaniah).

2.3 Bagaimana Hendak Mencapai Amalan “Redha dan Tawakkal”?
Aku telah jelaskan sebelum ini bahawa amalan “Redha dan Tawakkal” adalah sesuatu
yang bukan mudah dicapai tanpa bantuan Allah s.w.t. Kita mesti sentiasa memohon
bantuan Allah s.w.t dalam perkara ini. Walaupun aku pada peringkat ini, aku masih
fikir aku mempunyai masa yang panjang agar aku dapat mengekalkan amalan “Redha
dan Tawakkal”. Ini adalah kerana aku tidak tahu apa yang berada di hadapanku,
contohnya, dari segi pahit getir dan kesakitan yang bakal aku hadapi nanti. Setiap kali
sesuatu “yang tidak baik” berlaku kepada seseorang (musibah seperti sakit, penyakit,
berita buruk, dll), itu adalah ujian daripada Allah s.w.t. Tetapi ujian itu mungkin tertalu
teruk sehinggakan seseorang itu mungkin hilang kesabarannya (na’udzubillah). Ini
yang aku risaukan, oleh itu aku mesti sentiasa memohon Allah s.w.t setiap masa
untuk membantu aku mengekalkan sikap ini. Dan daripada pengalaman aku, ya Allah
s.w.t. akan memakbulkan doa kita sekiranya kita meletakkan kepercayaan penuh
kepadaNya sahaja. Dan kadangkala jawapan yang diterima adalah sesuatu yang kita
tidak jangkakan. Contohnya, selepas aku didiagnosis dengan kanser metastatik, dan
diberitahu bahawa aku mungkin mempunyai lebih kurang 6 bulan untuk hidup, aku
benar-benar kecewa. Beberapa hari kemudian aku bertemu seorang Professor yang
juga merupakan Ketua Jabatan Onkologi sebuah hospital tempatan. Beliau
memberitahu berita buruk lagi, di mana secara jujur dia beritahu aku “Awak
mempunyai satu daripada tiga kanser yang saya tidak suka rawat, kerana sebenarnya
tiada penawar untuk mengubatinya”. Beliau kemudian menjelaskan kepadaku jenisjenis
rawatan yang ada dan kadar kejayaan setiap rawatan itu, yang sesungguhnya
amat menyedihkan untuk sesiapa saja yang berada dalam keadaan aku. Tetapi
alhamdulillah, sebelum aku bertemu Professor tersebut, aku sudah buat keputusan
untuk mengamalkan sikap “Redha dan Tawakkal” dan mula memohon bantuan Allah
s.w.t dalam perkara ini. Bantuan Allah s.w.t datang dalam cara yang paling tidak aku
jangkakan, kerana Dia telah membuat aku “melihat” perkara-perkara yang tidak
pernah “aku lihat” dahulu. Tiba-tiba aku sedar bahawa “berita buruk” yang aku hanya
mempunyai lebih kurang 6 bulan untuk hidup sebenarnya bukanlah berita buruk,
tetapi mesej daripada Allah s.w.t supaya aku bersiap sedia untuk kemungkinan mati.
Apabila Allah s.w.t. telah menetapkan untuk mengambil mataku, tiada apa yang boleh
menghalang keputusan ini. Jadi apa yang membuat aku berfikir aku boleh
menghalang Allah s.w.t sekiranya Dia hendak mengambil nyawaku?
Sepanjang Tempoh 1, aku tidak pernah tahu bahawa keputusan mutakhir Allah s.w.t
adalah untuk mataku sehingga aku menyedari bahawalah ia adalah terlalu berisiko
untuk menangguhkan enukleasi. Jadi, adakah sikap “melawan kanser”, terutama dari
segi rohaniah, benar-benar berbaloi? Apa yang aku sedari ada kalanya aku masih
merasa kecewa, seolah-olah Allah s.w.t tidak mengabulkan doa-doaku walaupun
semua usaha rohaniah telah aku lakukan. Ini merupakan bisikan-bisikan Syaitan,
yang terus mahu menjauhi manusia daripada Allah s.w.t. Semua di atas itu
menyumbang pengajaran sangat penting dalam hidupku, seperti berikut: Nasihat
supaya “Mempunyai semangat yang kuat untuk melawan kanser dari semua sudut
kehidupan (Fizikal, Emosi, Mental dan Rohaniah)” sebenarnya merupakan satu sikap
yang amat berbahaya untuk diamal oleh seorang Muslim. Aku bernasib baik
mendapat pengalaman pertama, dan perkara yang aku lawan hanyalah untuk
menyelamatkan mataku. Tetapi apa akan berlaku sekiranya pada masa itu, aku
sebenarnya melawan untuk nyawaku? Apa akan berlaku sekiranya aku melawan
untuk nyawaku sekiranya aku menyedari bahawa malaikat maut berada di hadapanku
dan hendak menjemputku? Aku mungkin mati ketika berada dalam kemurkaan Allah
s.w.t. apabila Dia memutuskan untuk mengambil nyawaku; kerana aku telah banyak
berusaha, berdoa dan menyerah diri kepadaNya tetapi kelihatan seolah-olah Dia tidak
mahu memakbulkan doa-doaku (na’udzubillah). Sekiranya aku mati dalam keadaan
ini, iaitu dengan perasaan tidak berpuas hati dengan Allah s.w.t, adakah anda fikir
Allah s.w.t. juga berpuas hati dengan aku? Aku rasa tidak. Oleh itu aku sedar bahawa
sikap supaya “Mempunyai semangat yang kuat untuk melawan kanser dari semua
sudut kehidupan (Fizikal, Emosi, Mental dan Rohaniah)” sebenarnya adalah salah
dan sikap yang bahaya untuk aku amalkan, terutamanya sekarang apabila aku
hampir-hampir hilang nyawaku disebabkan oleh kanser metastatik.

3. Persediaan
Apabila aku diberitahu bahawa aku mempunyai kanser metastatik yang boleh
menyebabkan kematian awal, aku tahu aku terpaksa lakukan beberapa persediaaan
untuk menghadapinya. Seperti yang aku sebutkan sebelum ini, aku terpaksa
menghuraikan amalan untuk diamalkan, yang merupakan perkara paling penting
untuk dilakukan dahulu. Ini adalah kerana hanya dengan amalan yang betul, kita
dapat berfikir dengan betul dan membuat persediaan sewajarnya untuk menghadapi
masalah tersebut. Amalan yag salah, contohnya “Semangat kuat untuk melawan
kanser”, mungkin berakhir dengan kegagalan kita untuk melakukan persediaan
sewajarnya (lebih-lebih lagi persediaan dari segi mental, emosi dan rohaniah)
sekiranya kita kalah semasa “melawan” itu. Jadi apakah persediaan yang wajar? Oleh
kerana aku telah mengamalkan “Redha dan Tawakkal”, aku sentiasa ingat bahawa
hanya ada dua kemungkinan sahaja, iaitu sama ada Allah s.w.t (a) sembuhkan aku
atau (b) mengambil nyawaku. Oleh itu aku terpaksa pastikan aku bersedia untuk
kedua-dua kemungkinan. Adalah jelas kepadaku (dan aku percaya kepada semua
orang lain) bahawa sekiranya aku membuat persediaan sewajarnya untuk
kemungkinan (b), secara automatiknya aku juga merangkumi persediaan sewajarnya
untuk kemungkinan (a). Dengan lain perkataan, aku telah membuat persediaan untuk
apa yang orang biasa katakan sebagai “kes senario paling buruk”. Persediaan
sewajarnya untuk “kes senario paling buruk” ini boleh dibahagikan kepada dua
bahagian. Bahagian pertama ialah persediaaan keduniaan, biasanya dimaksudkan
untuk orang-orang, terutamanya keluarga yang kita akan tinggalkan. Bahagian kedua
ialah persediaan rohaniah kita sendiri, kerana sebagai seorang Muslim, kita membuat
beberapa usaha untuk mati sebagai seorang Muslim dan mendapatkan Keredhaan
dan Rahmat Allah s.w.t.

3.1 Bahagian Pertama: Persediaan Keduniaan
Untuk bahagian pertama persediaan, aku mulakannya hanya selepas aku diberitahu
mempunyai kanser metastatik. Sebagai seorang Muslim, aku sepatutnya mula
bersedia semasa aku sihat lagi, kerana kita tidak tahu bila kita akan mati. Jadi apabila
aku sedar kesilapanku, dan mendapati bahawa Allah s.w.t sungguh penyayang
terhadapku kerana memberi aku peluang kedua untuk membuat persediaan terutama
sepanjang Tempoh 3, aku menangis kerana aku tahu aku tidak puas bersyukur
kepadaNya. Dengan kenyataan-kenyataan ini, bagaimanalah aku boleh mengadu
tentang penyakit yang aku alami, sedangkan hakikatnya apa yang berlaku pada aku
adalah kerana ehsan Allah s.w.t? Inilah apa yang kita semua gagal sedar setelah
berkali-kali apabila kita berhadapan dengan musibah, tetapi Alhamdulillah, Allah s.w.t
membuat aku “melihat” perkara yang berlainan sekali. Ini bukanlah kerana aku alim
atau seorang lelaki yang baik, tetapi kerana Allah s.w.t maha penyayang kepada
sesiapapun hambaNya yang cuba sedaya upaya mengamalkan “Redha dan
Tawakkal” kepadaNya sahaja. Aku amat bersyukur kepadaNya kerana membenarkan
aku merasa kemanisan amalan ini. Lagipun, daripada kefahaman aku mengenai
Islam, perkara yang paling penting yang kita kena bersedia untuk bahagian pertama
ini ialah penyediaan Wasiyyah (Wasiat atau Pusaka). Ramai orang Muslim tidak sedar
bahawa ini adalah perintah Allah s.w.t yang penting sebagaimana difirmankan dalam
ayat berikut:

“Diwajibkan atas kamu, apabila maut hendak menjemput seseorang di antara kamu,jika dia meninggalkan harta, berwasiat untuk kedua orang tua dan karib kerabat
dengan cara yang baik, (sebagai) kewajiban bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-
Baqarah: 180)

Terdapat banyak ayat dalam Quran yang membicarakan tentang pentingnya
Wasiyyah (contohnya Al-Baqarah 240 dan Al-Maidah 106) dan lain-lain menerangkan
secara terperinci bagaimana pengagihan harta patut dijalankan. Pentingnya
persediaan Wasiyyah juga diterangkan dalam banyak Hadiths, salah satu contohnya
adalah seperti berikut:

Diriwayatkan oleh Abd al-Razaq daripada Abi Hurairah, r.a.
berkata,

Seseorang itu boleh buat kebaikan selama 70 tahun tetapi sekiranya dia
tidak adil apabila dia meninggalkan wasiat terakhirnya, kezaliman akibat daripada perbuatannya akan dilaknati, dan dia akan ke neraka. Dan sekiranya (di sebaliknya) seorang lelaki yang berbuat kejahatan selama 70 tahun tetapi dalam wasiat terakhirnya berlaku adil, kebaikan daripada perbuatannya ini akan diterima dan dia akan masuk syurga
”.


Menyedari perkara ini, aku mula mempelajari keperluan untuk
menyediakan Wasiyyah, berjumpa peguam-peguam syariah dan perunding yang
kemudiannya menasihatiku tentang apa dan bagaimana menyediakan Wasiyyah,
mengikut cara Islam. Aku galakkan semua adik beradik aku lakukan perkara yang
sama, iaitu meminta khidmat pakar dalam menyediakan Wasiyyah, kerana Undangundang
Faraid Islam adalah agak rumit untuk beberapa orang (termasuk diri aku)
untuk memahaminya. Selain daripada Wasiyyah, lain-lain persiapan yang aku fikir
perlu melibatkan orang-orang yang aku akan tinggalkan. Ini termasuklah kedua-dua
dari segi sokongan material dan rohaniah yang mereka perlukan. Untuk sokongan
material, Wasiyyah adalah perlu tetapi tiada sekatan umpamanya untuk mewujudkan
simpanan kewangan dan memindahkan sejumlah simpanan aku yang munasabah di
bawah nama orang yang akan menjaga anak-anakku (dalam hal ini isteriku) apabila
tiada. Oleh kerana ini dilakukan semasa aku masih hidup ia dianggap sebagai
pemberian, dan sejauh mana pengetahuan aku tentang perkara ini, tiada apa yang
salah mengenainya (tolong semak dengan ulama-ulama Islam tempatan).
Dari segi sokongan rohaniah, aku telah menasihati mereka (isteri dan terutamanya
anak-anakku) hampir setiap hari. Aku terpaksa membiarkan mereka “lihat” bagaimana
“sepatutnya berita buruk dan keadaan buruk ini” sebenarnya adalah “tanda rahmat
Allah s.w.t. kepada kita semua”. Aku bernasib baik kerana mempunya satu contoh
yang baik untuk diberikan kepada mereka, yang melibatkan kematian dua orang
abang isteriku (abang sulung dan abang kedua dalam keluarganya). Kedua-dua
abangnya meninggal kerana masalah jantung, tetapi abang yang kedua meninggal
dahulu, kena serangan jantung yang mengejut, manakala abang yang sulung
meninggal selepas 7 bulan mengalami sakit jantung. Kami sendiri melihat, bagaimana
isteri abang yang kedua mengambil masa yang lama untuk pulih dari kejutan dan
kesedihan, manakala isteri abang yang sulung lebih tenang dan tidak mengambil
masa yang lama untuk kembali semula membuat kerja-kerja hariannya. Pengalaman
ini banyak membantu kami, kerana sakit sebelum kematian bukan sahaja memberi
peluang untuk persediaan mental, emosi dan rohaniah kepada orang yang sakit itu,
tetapi juga kepada orang-orang yang akan ditinggalkan. Nabi Muhammad s.a.w. juga
sakit sebelum wafat, sebenarnya memberi peluang kepada pengikut-pengikutnya
yang mencintainya untuk bersiap sedia.

Satu lagi perkara penting untuk dilakukan dari
sudut “persiapan duniawi” adalah supaya aku cuba memperbaiki status perkaraperkara
yang melibatkan kehidupan harian aku dan keluarga ku, dan membetulkan
apa-apa kesilapan yang pernah aku lakukan. Contohnya, alhamdulillah, aku berjaya
menyelesaikan semua hutang piutangku, kecuali satu yang aku harap akan
diselesaikan melalui Wasiyyahku. Aku juga tahu aku tidak banyak habiskan masa
untuk memastikan anak-anak dilengkapi dengan ilmu Islam, jadi aku cuba sedaya
upaya sekarang untuk mengajar mereka sendiri, daripada membaca Quran kepada
lain-lain cabang agama. Ini merupakan sebahagian daripada nasihat yang dapat aku
berikan kepada mereka, memberitahu mereka tentang keindahan Islam. Aku juga
pastikan sekiranya aku telah tertinggal solat atau membayar zakat, dan sekiranya
ada, aku akan cuba baiki kesilapan-kesilapan ini. Ada juga banyak lagi perkara yang
aku terpaksa ambil kira, tetapi biasanya yang berkaitan dengan aku dan dalam
keadaan aku, dan tidak ada bersangkutan dengan orang lain. Dalam lain perkataan,
persiapan duniawi berubah dari seorang ke seorang yang lain. Secara ringkasnya,
aku tiada sebab untuk tidak mensyukuri Allah s.w.t untuk Tempoh 3 yang diberikan
kepadaku olehNya. Seperti yang kita boleh lihat, sakit sebelum mati sebenarnya
memberi kita lebih peluang untuk memastikan persediaan sewajarnya untuk diriku
dan untuk keluarga aku agar dapat dilaksanakan. Sebagai perbandingan, aku tentu
tidak bersyukur kepada Allah s.w.t. sekiranya aku hanya terbaring dan mengadu
kepada Allah s.w.t tentang penyakitku, sedangkan hakikatnya Allah s.w.t
sebenarnyanya memberikan aku satu kebaikan!.

3.2 Bahagian Kedua : Persiapan Rohaniah
Aku ada menyentuh persiapan Rohaniah dalam bahagian sebelum ini, tetapi
persiapan itu adalah untuk orang-orang yang akan aku tinggalkan. Dalam bahagian
ini, aku akan bincangkan apa yang aku fakir perlu untuk sediakan diiku untuk bertemu
Penciptaku, Allah s.w.t!! Sebenarnya ini adalah satu soalan yang sangat penting yang
patut kita tanya pada diri kita! Tetapi secara jujur, pada masa aku menulis artikel ini,
aku rasa sangat lemah. Sudah beberapa hari sejak aku menulis artikel ini. Walau
bagaimanapun, aku tidak dapat menghabiskan kebanyakkan masa yang ada menulis
artikel ini disebabkan penyakitku ini. Aku bimbang tidak dapat menghabiskannya, dan
oleh itu hasrat aku untuk berkongsi pengetahuan akan juga terkubur. Oleh itu aku
akan meringkaskan bahagian ini. Aku berharap pembaca-pembaca akan dengan
sendirinya berusaha meminta khidmat nasihat ulama-ulama dan sebagainya. Aku
sedar bahawa semua kebaikan yang kita fikir kita telah lakukan semasa hayat kita di
dunia ini mungkin tidak dapat membantu kita daripada menerika hukuman Allah s.w.t .
Sebenarnya tiada siapapun akan dapat masuk syurga disebabkan kebaikan sahaja
(ada kisah-kisah tentang perkara ini). Lebih-lebih lagi selepas aku sedar terlalu
banyak kekurangan dalam ibadahku (solat, dll). Kyusyu’ ketika aku bersolat mungkin
tidak wujud, dan niat aku untuk ‘ikhlas’ dalam semua ibadah dan tindakan aku
mungkin juga dipertikaikan. Sekiranya itu kuliti kehidupan dan ibadah aku, aku tidak
rasa aku boleh selamat daripada hukumanNya (na’udzubillah). Tetapi aku tahu
daripada kisah-kisah dan ilmu yang aku perolehi bahawa seseorang itu boleh
terselamat hanya dengan rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Sekiranya Allah s.w.t
berpuas hati dengan kita, peluang untuk mendapatkan rahmat dan keampunanNya
adalah lebih baik, insyaAllah. Kemudiannya aku sedar bahawa peluang aku untuk
selamat daripada kemurkaan Allah adalah untuk mematuhi semua yang Dia
perintahkan untuk kita lakukan, dan melakukan apa saja yang diredhaiNya dengan
apa saja peluang yang aku dapat. Bahagian pertama boleh diperolehi dengan
pertama sekali belajar dengan serius Ajaran-ajaran Quran, manakala bahagian kedua
ialah menggunakan baki hayat yang ada untuk mendapat keredhaanNya (aku diberi
Tempoh 3 untuk melakukan ini – sekali lagi menunjukkan betapa penyayangnya Allah
s.w.t. kepada hamba-hambaNya sekiranya kita memohon daripadaNya).

3.2.1 Quran
Banyak perkara yang hendak aku perkatakan tentang pentingnya Quran dalam
kehidupan harian kita, tetapi aku terpaksa memendekkannya buat seketika. Aku akan
hanya menyentuh beberapa isu dan salah satu daripadanya ialah Aqidah.
Aqidah
Adalah penting untuk mengetahui bahawa Quran mengandungi rukun-rukun ajaran
untuk Aqidah kita terhadap Allah s.w.t. Aqidah amatlah penting sehinggakan Allah
s.w.t menghabiskan lebih kurang 10 tahun pertama hanya mengajar dan
meningkatkan pemahaman pengikut-pengikutnya dan kepercayaan tegas tentang
Aqidah sebenar. Tanpa Aqidah yang benar, peluang kita untuk mendapatkan
keredhaan Allah s.w.t. amatlah tipis atau mungkin tiada langsung. Aqidah mempunyai
beberapa cabang ilmu dan bukanlah tujuan artikel ini untuk membincangkan perkara
itu. Aku menyeru semua adik beradikku untuk berusaha meningkatkan ilmu kita dalam
bidang ini dengan menghadiri ceramah-ceramah Islam dan bertanya kepada
cendekiawan-cendekiawan. Ini adalah kerana keadaan majoriti orang Islam pada
masa ini amatlah menyedihkan, mereka kekurangan ilmu dalam bidang ini. Ramai
yang berfikir dengan mengucap dua kalimah syahadah “La illaha illaAllah” dan
“Muhammadur Rasulullah” , disertakan dengan melakukan 4 rukun Islam yang lain
(solat, berpuasa, zakat dan haji) adalah mencukupi untuk digelar Muslim yang baik,
dan mempunyai peluang besar terselamat daripada hukuman Allah s.w.t. dan masuk
syurgaNya.
Mari kita ambil syahadah sebagai contoh. Banyak dari kalangan kita orang Islam,
tanpa disengajakan, tidak sedar yang apabila kita mengucap syahadah, kita
sebenarnya mengangkat sumpah!. Ia adalah satu janji yang kita akan tunduk dan taat
pada semua suruhan Allah s.w.t dengan mengikut ajaran-ajaran dan mencontohi Nabi
Muhammad s.a.w. Syahadah bukanlah kita keluarkan melalui mulut kita sahaja tetapi
tidak membuang sebarang komitmen untuk mengikutinya sepanjang hidup kita.
Syahadah adalah janji yang kita buat kepada Allah s.w.t cara bagaimana kita hendak
menghadapi kehidupan kita setiap hari!. Jadi selepas kita buat janji ini (syahadah)
kepada Allah s.w.t (iaitu menyerah diri dan mematuhi semua perintahNya), kita tiada
pilihan tetapi membuktikan komitmen kita. Bayangkanlah, sekiranya kita membuat
janji penting kepada kawan baik kita, dan kita sengaja tidak penuhi janji itu tanpa
sebarang alas an dan kita tak rasa bersalahpun kerana tidak memenuhinya, adakah
kita fikir kawan baik kita akan masih layan kita sebagai kawan baiknya lagi? Mungkin
dia tidak akan layan kita sebagai kawan atau mempercayai kita lagi, dan sebaliknya
mungkin menganggap kita sebagai PENIPU dan orang yang akan dijauhi!. Sekarang
bayangkan sekiranya kita dengan sengaja memungkiri janji kita (syahadah) kepada
Allah s.w.t, apa yang akan berlaku pada kita? Aku tidak dapat bayangkan kemurkaan
dan hukuman yang Allah s.w.t akan kenakan pada sesiapa yang sengaja memungkiri
syahadah mereka. Na’udzubillahi min zalik. Jadi soalan berikutnya ialah bagaimana
nak tunjukkan komitmen kita selepas mengucap dua kalimah syahadah? Satu
komitmen yang kita sebagai orang Islam tidak dapat lari ialah berpegang teguh
kepada perintah-perintah Allah s.w.t dalam Quran. Dan Allah s.w.t seterusnya
memerintahkan kita dalam Quran untuk mencontohi Nabi Muhammad s.a.w (Sunnah)
dan bagaimana mematuhi perintah-perintahNya. Hari ini, ramai orang Islam tidak
mematuhi perintah-perintah Allah s.w.t dengan serius dan mereka masih fikir mereka
adalah contoh baik yang menjalankan amalan. Contohnya, ramai dari kalangan kita
masih sangsi tentang pentingnya melaksanakan Hukum Hudud, satu perintah yang
dijelaskan dengan terang oleh Allah s.w.t dalam Quran, kerana kita fikir perkara ini
tidak praktikal dalam kehidupan hari ini. Ramai daripada kita masih membuat
keputusan berdasarkan keadaan hari ini dan falsafah Hak Asasi Manusia, yang
secara total adalah konsep buatan manusia. Siapakah kita untuk memutuskan
bahawa undang-undang yang dicipta oleh manusia lebih baik daripada undangundang
yang dicipta oleh Allah s.w.t? Mempunyai keraguan ke atas mana-mana
perintah Allah s.w.t adalah pencabulan jelas pada sumpah kita, syahadah, yang kita
akan menyerah diri dan mematuhi semua perintah Allah s.w.t. Beberapa ulama
berkata mempunyai amalan sedemikian akan merosakkan syahadah kita dan cukup
untuk membuat seseorang itu “kafir”. Dan Allah s.w.t. telah memberikan amaran
supaya kita jangan menjadi seperti Bani Israel yang ingkar kepada beberapa perintah
Allah s.w.t dalam Taurah, sebagaimana dinyatakan seperti berikut:
“…Apakah kamu beriman kepada sebahagian Kitab (Taurat) dan ingkar kepada
sebahagian (yang lain)? Maka tidak ada balasan (yang pantas) bagi orang yang
berbuat demikian di antara kamu selain kenistaan dalam kehidupan dunia, dan pada
hari Kiamat mereka dikembalikan kepada azab yang paling berat. Dan Allah tidak
lengah terhadap apa yang kamu kerjakan” (Al-Baqarah : 85)
Allah s.w.t. juga mengingatkan kita untuk memeluki Islam keseluruhannya,
sebagaimana diterangkan dengan jelasnya dalam ayat berikut:
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan,
dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata
bagimu.” (Al-Baqarah : 208)
Perkataan “Kaaffah” dalam ayat tersebut diterjemahkan sebagai “keseluruhan”, di
mana ulama-ulama telah menterjemahkannya sebagaimana kita dengan jelasnya
diperintahkan untuk mematuhi suruhan-suruhan Allah s.w.t. tanpa sebarang soalan
atau sebarang pertanyaan. Inilah apa yang sebenarnya menjadi seorang Muslim, iaitu
mengabdikan diri kita kepada kehendak Allah s.w.t. Kita seterusnya diingatkan oleh
Allah s.w.t. dalam ayat berikut:-
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Alah sebenar-benar takwa
kepadaNya dan janganlah kamu mati kecuali dalam keadaan muslim.” (Al-Imran :
102)
Amatlah jelas bahawa Allah s.w.t. mengingatkan kita supaya takut akan Dia (iaitu
untuk benar-benar taat kepadaNya dalam semua perkara tanpa sebarang keranguan
langsung terhadap mana-mana perintahnya) dan untuk memastikan yang kita mati
dengan penuh pengabdian kepada kehendakNya (“dalam Islam”). Dalam lain-lain
perkataan, tiada cara untuk kita mendapatkan keampunan dan rahmat Allah s.w.t.
sekiranya kita dengan sengaja mengabaikan SALAH SATU daripada perintahNya.
Dan dengan fakta ini terlalu banyak perkara di sekitar kita hari ini yang bertentangan
dengan perintah Allah s.w.t, kita kena berhati-hati dengan apa yang kita lakukan
setiap hari. Adalah penting untuk menjaga bukan sahaja amalan kita tetapi juga
amalan kita terhadap apa yang berlaku di sekeliling kita. Ini amatlah jelas daripada
kenyataan yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w dalam salah satu Hadithnya
tentang betapa pentingnya menghalang berlakunya “kemungkaran” dengan tangan,
mulut atau hati kita. Dan Rasulullah s.a.w. dengan jelasnya menyatakan bahawa
menghalang “kemungkaran” dengan hati kita adalah “selemah-lemah iman”. Dengan
perkatan lain, kalau kita melihat satu perbuatan yang “mungkar”, dan kita tidak ambil
peduli, menunjukkan yang kita sebenarnya TIADA BERIMAN langsung!
Na’udzubillah!!. Jadi amalan (perasaan kita) terhadap perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling kita juga dianggap sebagai perbuatan kita yang akan dihisab di kemudian
hari. Kita tiada pilihan tetapi memastikan kita berpegang pada landasan yang betul
untuk mendapat keredhaan Allah s.w.t. Umpamanya, apabila kita lihat sesuatu yang
dengan jelas bertentangan dengan perintah Allah s.w.t dan kita tahu tidak banyak
yang boleh kita lakukan, sekurang-kurannya kita tunjuk rasa tidak suka, menyokong
orang yang telah menyatakan tidak puas hati mengenainya, dan berdoa kepada Allah
s.w.t untuk terus bagi petunjuk kepada orang-orang Muslim. Saudara dan saudari,
aku bukannya berkata begitu kerana aku ahli mana-mana parti atau pertubuhan politik
(aku tidak pernah menyertainya). Tetapi aku berkata begitu kerana aku tanya pada
diriku, bagaimana aku hendak menghadap Allah s.w.t tidak lama lagi sekiranya aku
masih ragu-ragu tentang mana-mana Perintahnya atau membiarkan sahaja
“kemungkaran” berlaku di sekeliling aku?
Aku tidak rasa aku akan ditanya mengenai parti mana atau pertubuhan politik mana
yang aku sertai atau yang aku sokong. Apa yang akau akan ditanya ialah berhubung
dengan amalanku, termasuk amalan yang aku amalkan pada perkara-perkara yang
berlaku di sekeliling aku, iaitu sama ada semua tindakan aku adalah mengikut ajaran
Quran dan sunnah, sebagaimana dengan jelasnya diperintahkan oleh Allah s.w.t. Aku
akan dilaknat sekiranya aku gagal mematuhi semua peraturan yang telah dengan
jelasnya dibentangkan oleh Penciptaku, Allah s.w.t (Na’udzubillah).
Jadi bagaimana anda semua, saudara dan saudari, sama suka ataupun tidak satu
hari nanti kita akan mati juga dan terpaksa berdepan dengan Allah s.w.t, menjawab
soalan-soalan yang sama? Hari ini, terlalu banyak kumpulan orang yang mendakwa
mengajar versi Islam yang sebenar, menggunakan berbagai nama untuk menarik dan
memperlekehkan orang, menyebut ayat-ayat suci Quran dan membuat terjemahan
yang salah akan maksudnya untuk menguatkan dakwaan mereka. Mengikut secara
membabi buta ajaran kumpulan-kumpulan ini boleh merosakkan Aqidah kita, dan
menghalang kita daripada mendapat rahmat dan keampunan Allah s.w.t. Hanya
dengan meneliti ajaran-ajaran Quran boleh membantu kita menentukan sama ada
dakwaan kumpulan-kumpulan tersebut adalah benar ataupun tidak, kerana Quran
adalah sangat jelas dari segi Kebenaran dan Keadilannya, dan tiada sesiapapun yang
boleh ubah fakta ini.
“Dan telah sempurna firman Tuhanmu (Al-Quran) dengan benar dan adil. Tidak ada
yang dapat mengubah firmanNya. Dan Dia Maha Mendengar, Maha Mengetahui.” (Al-
An’am:115)
Oleh itu adalah penting untuk berusaha mempelajari pesanan-pesanan Quran
(melalui terjemahan dan tafsir, termasuk belajar daripada ulama-ulama yang layak)
daripada surah permulaan Al-Fatihah kepada surah akhir An-Nas. Penting dilakukan
setiap hari supaya usaha kita untuk mencuba dan memahami surhan Allah s.w.t, tidak
terhenti. Melakukannya akan membantu kita mendapatkan rahmat, keampunan dan
petunjuk Allah s.w.t., insyaAllah. Aku cadangkan supaya membaca terjemahan
sekurang-kurangnya 5 hingga 10 ayat satu hari, dan renungkan ayat-ayat tersebut.
Bacalah Quran dengan niat untuk mencuba dan mengetahui ajarannyaNya
danmematuhi sebaik mungkin, iaitu, dengan harapan mendapat keredhaanNya.

Ibadah
Ibadah merupakan satu cabang di mana maklumatnya boleh juga diperolehi dalam
Quran. Dalam Quran, Allah s.w.t menyuruh orang-orang Muslim untuk melaksanakan
beberapa ibadah yang wajib dan juga ibadah yang sunat. Tetapi Allah s.w.t sengaja
tidak menyebut secara terperinci bagaimana perintah-perintah ini dilaksanakan
(contoh cara-cara menunaikan solat, solatul Jumaat, Haji, lain ibadah sunat seperti
zikrullah, dan cara menjalani kehidupan harian). Quran hanya menyentuh beberapa
peraturan asas dan syarat-suarat untuk menjalankan ibadah. Ini adalah kerana Allah
s.w.t juga mengarahkan kita supaya mengikuti dan mematuhi Nabi Muhammad s.a.w,
kerana Allah s.w.t adalah yang Maha Esa yang mengajar Rasulullah s.a.w setiap
perkara termasuklah ibadah dan menjalankan kehidupan kita.
“Demi bintang ketika terbenam, kawanmu (Muhammad) tidak sesat dan tidak pula
keliru dan tidaklah diucapkannya itu (Al-Quran) menurut keinginannya. Tidak lain (Al-
Quran itu) adalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (An-Najm: 1-4)
Allah s.w.t juga berfirman dalam Quran: “Dan laksanakanlah solat, tunaikanlah zakat,
dan taatlah kepada Rasul (Muhammad), agar kamu diberi rahmat.” (An-Nur: 56)
Ayat di atas adalah petunjuk jelas yang kita mesti mematuhi contoh-contoh dan caracara
yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w kita untuk beribadah seperti Sembahyang
dan Zakat Sebenarnya arahan untuk mematuhi Rasulullah s.a.w dan untuk taat
kepadanya terdapat dalam banyak ayat suci Quran, seperti berikut:
”Dan taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul serta berhati-hatilah.
Jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa kewajiban Rasul Kami, hanyalah
menyampaikan (amanat) dengan jelas.” (Al-Maidah: 92)
“Barang siapa mentaat Rasul (Muhammad), maka sesungguhnya dia telah mentaati
Allah. Dan barang siapa berpaling (daripada ketaatan itu), maka (ketahuilah) Kami
tidak mengutusmu (Muhammad) untuk menjadi pemelihara mereka.” (An-Nisaa’: 80)
“Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu)
bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang
banyak mengingat Allah.” (Al-Ahzab: 21)
“Maka demi Tuhanmu, mereka tidak beriman sebelum mereka menjadikan engkau
(Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang mereka perselisihkan, (sehingga)
kemudian tidak ada rasa keberatan dalam hati mereka terhadap putusan yang
engkau berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya.” (An-Nisaa’: 65)
Dalam perkataan lain, untuk benar-benar memahami Quran dan untuk taat dan
menjalankan arahan-arahan yang diberikan oleh Allah s.w.t dalam Quran, kita tiada
pilihan tetapi juga merujuk kepada Sunnah Nabi Muhammad s.a.w, yang juga
terdapat dalam banyak Hadith-hadith. Aku menggalakkan diri aku dan semua saudara
seIslam, untuk berusaha mempelajari Sunnah kerana ia akan membantu kita
memahami ajaran-ajaran Quran, dan juga menjalankan perintah-perintah Allah s.w.t
dengan betul, insyaAllah. Itulah sebabnya kita disuruh mengucap “Muhammadur
Rasulullah” dalam syahadah kita. Kegagalan untuk mengucap akan menghalang kita
daripada mendapat restu, petunjuk dan keampunan Allah s.w.t.

3. Keindahan mempelajari Quran
Quran merupakan mukjizat daripada Allah s.w.t. Apabila kita berusaha bersungguhsungguh
untuk mengaji, kita akan mendapat keindahannya. Aku mempunyai banyak
pengalaman tetapi aku rasa aku tidak boleh menceritakannya sekarang. Untuk
memendekkan cerita, aku sedar bagaimana Allah s.w.t. menggunakan Quran (jika kita
mengaji setiap hari) untuk memberikan beberapa pelajaran kepada kita. Allah s.w.t
tahu apa yang akan berlaku kepada setiap makhluk, maka Allah s.w.t akan
memberikan beberapa masalah atau dilema setiap hari, tetapi hari berikutnya apabila
kita mengaji dan menghayati 5 - 10 ayat Quran, Allah s.w.t memberikan jawapan
kepada kita! Kadangkala aku rasa jawapannya seperti “terkena batang hidung”,
menyedarkan aku daripada fikiran bodohku. Dalam beberapa kes lain, Allah s.w.t
memberikan aku jawapan kepada beberapa isu Aqidah yang aku ada masalah.
Dalam kes-kes lain, Allah s.w.t memberikan aku jawapan kenapa aku melalui masalah
berhubung dengan harta atau lain-lain isu sosial. Benar, memang benar sekali. Ini
bukan kerana aku seorang yang alim tetapi inilah keajaiban Quran dan Allah s.w.t
Maha Pemurah dan Pencipta segala-galanya. Aku sekarang memahami juga kenapa
kita digalakkan untuk berulang kali membaca dan menghayati Quran secara
berterusan walaupun kita telah habis membacanya sekali. Ini adalah kerana
pengajaran yang Allah s.w.t mungkin telah dirancang untuk kita akan tiba semasa
bacaan kali kedua, atau kali ketiga, sebenarnya sepanjang masa. Jadi selalulah
mengaji Quran dan aku sendiri cadangkan supaya berusaha untuk mencuba dan
memahami makna Quran daripada teks asal Bahasa Arab, kerana ini akan lebih
memberi manfaat. Ambil perhatian, aku juga dapati bahawa membaca dan mengaji
Quran mempunyai beberapa tahap. Ia sebenarnya bergantung pada niat kita. Bagi
orang yang tidak percaya, akan dapati mengaji Quran mempunyai masalah, akan
hanya melihat apa yang mereka anggap “masalah” dan mereka tidak akan belajar
apa-apa darinya. Sebagai contoh, mereka mungkin hanya melihat Quran banyak kali
diulang-ulang, dan mereka dapati perkara ini tidak menarik.
Banyakkan istighfar dan solatut taubah · Banyakkan mengaji Quran setiap hari (selain
daripada mempelajari 5-10 ayah Quran setiap hari) · Banyakkan doa kepadaNya,
memohon keampunan dan keredhaanNya · Menghafal lebih banyak surah-surah
Quran, jika boleh. · Meningkatkan usaha kita untuk mengetahui lebih banyak lagi
tentang Islam dengan menghadiri ceramah-ceramah dll. Paling baik ialah menghadiri
ceramah-ceramah yang diadakan ditempat mulia seperti masjid.
Amal Jariah
Terdapat hadith yang menyebutkan tentang bagaimana semua ibadah dan lain-lain
kebaikan seseorang itu akan berakhir semasa kematiannya, kecuali tiga perkara –
sedekah jariah, anak-anak yang soleh , dan ilmu yang manfaat. Oleh itu adalah
penting kita berusaha dalam ketiga-tiga perkara ini untuk memastikan kita akan terus
mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t walaupun kita tiada nanti. Berikut adalah
ringkasan aku mengenai setiap perkara ini:

Sedekah Jariah
Kita selalu berbangga dengan duit simpanan yang kita ada dalam akaun-akaun bank
di dunia ini, tetapi kita selalu lupa untuk tambah pelaburan dalam akaun kita di akhirat.
Sedangkan kita diberitahu bahawa duit yang kita simpan untuk akhirat, akan
digandakan pahalanya, dan itulah yang akan membantu kita di “kehidupan selepas
kematian” nanti, satu kehidupan yang kekal di dunia ini.
“Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan
meminjamkan kepada Allah dengan pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan
(balasannya) bagi mereka; dan mereka akan mendapat pahala yang mulia.” (Al-
Hadid: 18)
Faedah bersedekah adalah amat besar dan di sebutkan dalam banyak surah Quran.
Mereka-mereka yang telah meninggal dunia menyesal kerana tidak bersedekah
sebelum kematian mereka. Inilah apa yang Allah s.w.t ingatkan kita, sebagaimana
disebutkan dalam ayat berikut:
“Dan infakkanlah sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum
kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali)
“Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi,
maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang soleh.” (Al-
Munifiqun: 10)
Sila ambil perhatian bersedekah bukan sahaja dari segi kewangan, tetapi mana-mana
sumbangan yang kita berikan (termasuk usaha-usaha kita) demi untuk ummah Islam
dan menyebarkan syiar Islam. Sila rujuk kepada para ulama tentang jenis sedekah
yang kita boleh lakukan, yang dapat membantu kita mendapat ganjaran berterusan
daripada Allah s.w.t. Aku lebih suka bersedekah untuk Pendidikan dan sekolahsekolah
agama, terutama yang dapat membantu anak-anak kita menjadi cendikiawan
Islam. Wallahu a’lam.
Anak-anak yang Soleh
Adalah penting untuk memastikan keluarga kita adalah di antara mereka yang betulbetul
yakin kepada Allah s.w.t dan beramal dengan betul. Allah s.w.t berfirman dalam
Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka
yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang
kasar, dan keras, yang tidak durhaka kepada Allah terhadap apa yang Dia
perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At-
Tahrim: 6)
Kita tahu dari sejarah Rasullullah saw, diantara mereka yang pertama diajak kepada
Islam ada dari keluarga beliau. Kita perlu melakukan perkara yang sama, kita tidak
boleh merasa gembira merasakan adalah cukup untuk kita meningkatkan diri kita
secara terus menerus, tetapi dimasa yang sama kita sama sekali terlupa
meningkatkan keluarga kita sendiri.
Oleh itu amat penting untuk melatih mereka mengenai Islam, mengajar al Quran dan
menggalakkan mereka membaca pada setiah hari dirumah kita, menggalakan dan
membawa mereka menghadiri ceramah ceramah Islam dan bersembahyang jamaah
di masjid dan lain lain lagi. Mempunyai anak yg mempunyai kualiti beriman
merupakan satu kebaikan kepada ibubapa. Tetapi kerana hanya Allah yang memilih
siapa yang akan menerima petunjuk Nya, kita mesti selalu berdoa kepada Allah agar
keluarga kita sentiasa mendapat petunjuk, dan sentiasa berada dijalan yang benar.
Menyebarkan Ilmu Yang Baik.
Antara perkara yang boleh menolong diri kita untuk mendapat pahala berterusan dari
Allah swt adalah ilmu pengetahuan yang kita berkongsi dengan orang lain, terutama
pengetahuan yang memberi kebaikan kepada ummah Muslim. Oleh kerana
pengetahuan itu akan di ajar dari satu generasi ke generasi berikutnya, kita akan
mendapat kebaikan atau pahala walaupun kita telah meninggal dunia, insyallah. Inilah
antara sebab kenapa saya menulis rencana ini, walaupun mengetahui bahawa saya
bukan seorang Muslim yang sempurna. Ini juga sebab saya ingin agar nama saya
tidak diketahui, kerana ianya tidak penting untuk mengetahui siapa saya. Adalah lebih
penting untuk mengetahui perkara yang saya kongsi didalam rencana saya ini. Satu
satu nya harapan saya ialah untuk sentiasa mendapat pahala dari Allah terhadap
kerja ini, dan semoga mendapat rahmat dari Nya. Saya mohon doa pembaca agar
Allah memberi rahmah dan memberi saya pahala yang berterusan.
Ada banyak hadis yang menceritakan tentang kepentingan ilmu pengetahuan. Saya
rasa tidak perlu untuk saya menerangkan lebih lanjut mengenai perkara ini. Apa yang
penting ialah kita bersungguh sungguh berusaha untuk mendapat lebih banyak ilmu
dan kefahaman tentang Islam, sehinggalah kita mati.
Sekali lagi, bertanyalah kepada ulama mengenai perkara ini. Mereka insyallah akan
dapat memberikan nasihat yang baik jika dibandingkan dengan saya.
Setelah berkata dan memberi cadangan cadangan diatas, saya mengakui bahawa
saya sendiri perlu berjuang bersungguh sungguh (struggling hard) untuk melakukan
semua yang telah saya katakan. Walaubagaimanapun saya meneruskan juga menulis
kerana selain dari berkongsi pengetahuan dengan saudara se Islam, ianya juga
sebagai peringatan kepada diri saya. Marilah kita sentiasa berdoa kepada Allah swt
semoga Allah memberi kita kekuatan untuk menegakkan keimanan untuk mendapat
rahmat Allah dan mendapat keredhan, ihsan dan keampunanNya.

4. Kata Penutup Saya
4.1 Sedikit Nasihat Tambahan.
Dibawah, saya akan mencuba menyimpulkan beberapa pengajaran yang telah saya
pelajari didalam menghadapi apa yang berlaku pada saya. Kesimpulan dibawah
bukan hanya untuk mereka yang mengalami sakit yang membawa kematian seperti
saya, tetapi untuk semua umat Islam, termasuk mereka yang sihat. Ini adalah kerana,
tiada antara kita yang tahu bila kita dipanggil balik oleh Pencipta kita.
1) Jangan bersedih terhadap sebarang ’musibah’ yang mungkin berlaku kepada kita
seperti yang dinyatakan didalam ayat dibawah, semuanya telah di rancang oleh Allah.
”Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan
tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab
(pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan
yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya
kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula
bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu.
Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi
membanggakan diri.”Al-Hadid 22-23
Musibah yang berlaku kepada kita mungkin ada kebaikan disebaliknya. Inilah yang
saya pelajari dari pengalaman saya bila saya kehilangan mata saya. Seperti yang
saya katakan sebelum ini, ianya mengandungi pengajaran yang amat bermakna
kepada saya untuk menghadapi ujian yang lebih besar iaitu kehilangan nyawa kerana
kanser metastatik. Tetapi saya hanya menyedari dan memahami kenapa Allah
membuatkan saya melalui ujian yang pertama agak kemudian, iaitu 18 bulan setelah
enukulasi.

2) Perkara yang terbaik apabila kita menghadapi musibah adalah dengan sikap
’Redha dan Tawakkal’. Dengan ini, Allah akan membantu kita mengharungi masalah
itu, seperti yang terkandung didalam ayat :
” Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan
dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin
hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan
(ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” At-Taghabun:11
Seperti yang saya telah terangkan, Allah swt menolong saya ’melihat’ sesuatu dengan
berlainan, sesuatu yang saya tidak dapat melihat semasa saya mempunyai dua mata.
Saya melihat berita baik melalui berita yang buruk. Saya melihat ’kemurahan’ Allah
didalam musibah dan banyak lagi. Semua itu menunjukkan Allah sebenarnya
mempunyai perancangan untuk semua perkara, terutama apabila kita meletakan
kepercayaan kita kepada Nya semata mata.
3) Al Quran sepatutnya menjadi rujukan yang terpenting didalam kehidupan kita. Kita
tidak sepatutnya berhenti membaca dan mempelajarinya. Jika kita melakukan dengan
niat yang ikhlas dan baik, Allah swt akan memberi kita kefahaman yang mendalam
tentang Al Quran. Ini amatlah benar jika niat kita ialah untuk mencuba dan memahami
perintah dan suruhan Nya supaya kita dapat menurut perintah Nya dan mendapat
keredhaan Nya pada masa yang sama.
Dan kita perlu menurut semua perintah didalam Al Quran, dan bukan hanya
sebahagian dari nya. Seperti yang saya katakan di bab 3, yang saya rasakan begitu
penting, saya tidak dapat membayangkan bagaimana Allah swt akan menerima kita
apabila kita menemui Nya di kemudian hari, jika kita mengengkari perintahnya secara
keseluruhan atau sebahagian dari nya, dan yang paling buruk jika bertindak
menentang Nya. Maka sekali lagi, peringatan dari Allah supaya kita tidak menjadi
kaum Yahudi yang mengengkari perintah Allah swt didalam Taurah, seperi yang
dinyatakan didalam ayat:

”Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) Kitab
Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi
orang yang berbuat demikian itu dari antara kamu, selain dari kehinaan ketika hidup
di dunia, dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat
berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan”- Al
Baqarah:85

4) Kegagalan menyiapkan diri untuk menghadapi kematian disamping menghabiskan
banyak masa untuk kehidupan dunia adalah kesalahan yang banyak dilakukan oleh
Muslim pada hari ini. Allah swr menyebut banyak kali didalam AlQuran mengenai
bagaimana hidup didalam dunia ini hanya merupakan satu permainanan semata
mata. Satu contoh ialah didalam ayat:-
”Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan
hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta
perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah
di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan, dan bangsa keturunan) serta berlumbalumba
membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya)
samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur)
menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian
tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau
melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah
diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan
yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar
serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat).
Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terpedaya.” Al Hadid : 20
Perhatikan ayat itu dengan sebaiknya, kerana banyak kebenaran didalamnya. Kita
bekerja kuat untuk mendapat wang yang banyak dan menjadi kaya, membezakan dan
bertanding dengan yang lain untuk mendapat kedudukan dunia, tetapi kita memberi
hanya sedikit usaha untuk meningkatkan kefahaman Islam atau untuk mendapat
keredhaan Allah swt. Perumpamaan yang diberi didalam ayat tersebut adalah amat
kena, dimana sekali kita terkena contohnya penyakit atau kemalangan yang
membawa kepada kematian, barulah kita menyedari dunia yang kita dapat hasil dari
kerja kuat kita adalah tiada ertinya lagi (kemudian tanaman itu bergerak segar (ke
suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning;). Dan
apabila malaikat maut datang untuk mengambil kita, maka semua yang kita usahakan
tidak berguna lagi (akhirnya ia menjadi hancur bersepai).

4.2 Kata Kata Akhir Saya.
Seperti yang saya katakan didalam bab pembukaan, saya menyediakan dokumen ini
kerana saya merasakan satu tanggungjawab untuk memberitahu kawan kawan
Muslim saya, mengenai apa yang telah saya pelajari. Saya telah belajar terlalu
banyak perkara, semua nya dengan ihsan Allah swt. Dan saya juga bukan dikalangan
yang warak, saya masih berusaha keras untuk meningkatkan kualiti ibadah, akhlak
dan saya merasakan saya gagal pada banyak keadaan.
Dan saya tidak mengetahui samada saya akan lulus semua ujian dan samada saya
akan berjaya mendapat keampunan dan keredhaaan dari Allah swt apabila Allah
mengambil nyawa saya. Tetapi saya masih menulis rencana ini untuk berkongsi
pengetahuan dan pengajaran yang telah saya pelajari dari ujian ini terutamanya ingin
memberitahu bagaimana pengasihnya Allah swt. Jika Allah begitu pengasih kepada
orang yang tidak lengkap seperti saya, maka ketahuilah Allah akan juga pengasih
kepada anda, dengan kita memastikan untuk meletakkan sepenuh kepercayaan dah
harapan kepada Nya semata mata.
Saya juga mengambil peluang ini untuk meminta maaf diatas semua kekurangan
yang terdapat didalam rencana ini. Saya mengalami kepayahan untuk
menghabiskannya kerana keadaan kesihatan saya. Oleh itu saya mohon kemaafan
jika anda mendapati maklumat yang ditulis ini tidak teratur atau mengelirukan. Ambil
juga perhatian bahawa saya telah meminta kepada orang yang akan menyebarkan
rencana ini hanya setelah saya meninggal dunia. Oleh itu saya memohon kepada
rakan rakan Muslim supaya memohon doa agar Allah mengampunkan kesalahan
saya, memberi ihsan kepada saya dan meredhai saya. Oleh kerana saya tidak mahu
nama saya diketahui, mungkin doa anda boleh ditujukan kepada penulis yang menulis
rencana ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada anda terlebih dahulu.
Akhirnya, kepada semua yang mengenali saya, saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk memohon kemaafan terhadap sebarang dosa dan saya secara ikhlas memohon
kemaafan anda semua. Di masa yang sama saya ingin menyampaikan ucapan terima
kasih kepada mereka yang telah banyak menolong dan menyokong dimasa
kesusahan saya, terutama ibu dan bapa saya yang tidak berhenti memberi saya
sokongan yang saya perlukan dan sentiasa mendoakan saya, kepada isteri saya yang
tidak pernah merasa penat untuk menjalankan dan menguruskan aktiviti yang
diperlukan oleh keluarga saya dan menjaga saya dan anak anak dengan baik, kepada
abang dan kakak saya termasuk ipar ipar saya, dimana mereka berkerja kuat untuk
mengatur rawatan dan ada diantara mereka yang menolong dan menyokong dalam
keperluan lain. Juga kepada doktor doktor yang telah bekerja keras untuk diagnos
dan merawat saya dan juga telah berusaha kuat untuk menolong saya. Dan semua
rakan rakan yang begitu ramai yang memberi pertolongan dan sokongan dalam
berbagai bentuk. Kepada semua mereka, saya berdoa agar Allah akan memberi
mereka pahala yang berlipat kali ganda kerana kebaikan mereka.
Semoga Allah sentiasa redha terhadap kita dengan penuh ihsan dan keampunan dan
semoga kita berjumpa lagi di Syurga Allah, Insyallah.
Wabillahi taufik, walHidaya, wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Penulis ini meninggal dunia
pada umur 39 tahun di rumahnya
di Taman Permata Kuala Lumpur
pada 27 November 2005 kerana kanser.
Beliau meninggalkan isteri,
seorang anak lelaki dan dua anak perempuan.
Beliau meninggalkan pesan
untuk mengedarkan risalah ini
hanya selepas kematiannya.
Semoga Allah memberi
ihsan dan keampunan kepada ruhnya
dan memberi syurga keatasnya.
Ameen .
- Abang Yang Tua -